Ads Top

Main Ad

Sentiasa Cantik Depan Suami Walaupun Duduk Di Rumah, Memey Suhaiza Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia

Pelakon jelita, Memey Suhaiza tampil mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan cantik dan manis meskipun hanya duduk di rumah sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, Memey ada memuat naik sebuah video aktiviti harian di rumah untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Ujar Memey, dia akan sentiasa bersiap dan memakai pakaian cantik meskipun hanya berada di rumah untuk tampil menarik di hadapan suami.

“Day 2 lockdown, tips nak kekal bersemangat setiap hari. Bangun pagi, bersiap cantik-cantik juga baru kita rasa bersemangat. Takde malas-malas, takkan nak keluar je baru nak cantik. Suami kan ada di rumah, so kita cantik untuk suami..”

Dalam video itu, turut kelihatan suami tersayang, pelakon Norman Hakim yang berada di rumah menjalani PKP bersama-sama anak-anak dan isteri dalam mematuhi SOP PKP 3.0 ketika ini.

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji sikap Memey yang sentiasa berusaha mengambil hati suami dan ada yang turut bersetuju dengan pendapatnya itu.

“Betul, kena cantik-cantik depan suami..” tulis seorang pengguna warga maya.

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Sekadar info, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi,32, telah mendirikan rumah tangga bersama Norman pada September 2011 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim,6, Muhammad Dikhriz Hakim,5, dan Mikayla Delisha Hakim yang kini berusia dua tahun.

The post Sentiasa Cantik Depan Suami Walaupun Duduk Di Rumah, Memey Suhaiza Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.