Ads Top

Main Ad

‘Sesuai Dengan Watak Ammara..’ – Uyaina Arshad Tak Kisah Dikecam Pakaian Pelik

Pernampilan yang unik di dalam drama terbaru lakonan Uyaina Arshad iaitu Love Elsa yang baru sahaja ditayangkan pada Selasa lalu menarik perhatian orang ramai.

BACA: Hormat Pendirian Uyaina Arshad, Zul Ariffin Tidak Kisah Tiada Adegan Bersentuhan Dalam Love Elsa

Advertisement

Uyaina atau nama sebenar, Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata pakaian yang dipakainya itu direka sesuai untuk watak Ammara yang agak pelik di dalam drama itu dan Uyaina tidak mengambil kisah jika pakaiannya itu dikecam oleh netizen.

Bagi saya, gaya pemakaian dalam drama itu sesuatu yang fresh dan berbeza dengan watak-watak saya sebelum ini. Selama saya berlakon, tak pernah pakai macam itu.

Gaya itu direka oleh penata gaya untuk drama itu.. sesuai dengan watak Ammara yang dilihat seperti perempuan pelik dan aneh. Sebab Ammara ini seorang perempuan yang lain dari lain.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Pelakon tersebut juga memberitahu bahawa semasa pengambaran dia perlu mengenakan sarung tangan sebanyak 17 hingga 18 lapis bagi menghidupkan wataknya sebagai Ammara.

Bila dah habis shooting, memang bersyukur dah tak payah lagi pakai baju banyak lapisan.

Uyaina ArshadSumber : Instagram Uyaina Arshad  

Selain Uyaina, drama arahan Michael Ang iaitu Love Elsa itu turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Riz Azmin, Ramona Zam Zam, Mona Ellen dan Iman Suhana yang ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria.

The post ‘Sesuai Dengan Watak Ammara..’ – Uyaina Arshad Tak Kisah Dikecam Pakaian Pelik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.