Ads Top

Main Ad

Shukri Yahaya Kongsi Sharnaaz Ahmad Dan Azira Shafinaz Sedang Dalam Fasa Mengenali Satu Sama Lain?

Rasanya ramai yang tahu bahawa pelakon Sharnaaz Ahmad dan Azira Shafinaz sering dikaitkan bersama.

BACA: “Cantiknya Dia Mamu” – Netizen ‘Usik’ Azira, Nama Sharnaaz Penuh Di Ruangan Komen

Advertisement

Malah rakan baik lelaki itu iaitu Shukri Yahaya juga tidak betah menyakatnya mengenai gosip itu apabila mereka melakukan Instagram Live bersama-sama.

Dalam laporan mStar Online bagaimanapun, Shukri mendedahkan bahawa dia tidak tahu sejauh mana hubungan Sharnaaz dan Azira meskipuns ering mengusik mereka.

“Kami memang rapat juga tapi sejauh mana hubungan Sharnaaz dengan Azira, itu saya tak pasti sangat. Tapi saya rasa
mereka masih berkawan.”

Pun begitu, Shukri tidak menafikan bahawa kedua mereka mungkin sedang dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing.

“Mungkin masih di fasa mengenali satu sama lain… belum ada lagi kata putus yang mengatakan mereka ini pasangan
kekasih.”

sharnaaz ahmad dan azira shafinazSumber : MYKMU  

Kalau anda nak tahu, gosip bermula apabila Sharnaaz memuat naik foto bersama Azira selain keduanya yang rajin berbalas komen di laman media sosial masing-masing.

The post Shukri Yahaya Kongsi Sharnaaz Ahmad Dan Azira Shafinaz Sedang Dalam Fasa Mengenali Satu Sama Lain? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.