Ads Top

Main Ad

Sufi Rashid Jual Audi Dek Terkesan Dengan PKP

Pening memikirkan penjagaan kereta yang baru berusia tiga tahun itu, penyanyi Sufi Rashid bercadang untuk menggantikan dengan yang baharu.

Bukan untuk memuaskan kehendak tetapi niat Sufi untuk menukarkan ke baharu kerana dia ingin mencari kereta yang lebih mudah untuk aktiviti harian.

sufi rashidSumber : Instagram Sufi Rashid  

Katanya ketika ditemubual oleh mStar,

Dah tiga tahun guna kereta ni, jadi nak jual sebab nak beli lain yang lagi baru… nak jaga lagi senang.

Kereta tak ada buat hal, sangat banyak berjasa selama tiga tahun. Kalau minor tu adalah, tapi bukan setiap bulan buat hal. Kereta continental memang high maintenance.

Menurut Sufi, dia membuat keputusan untuk menukar kereta pada saat-saat sukar ini bukan bermaksud kewangannya stabil, sebaliknya dia perlu berkerja lebih keras untuk menjalani kehidupan.

Sufi juga berkata dia kini tidak bergantung pada pendapatannya sebagai seorang penyanyi berikutan keadaan dunia yang sedang dilanda wabak COVID-19 dan bersyukur sudah memulakan perniagaan makanan ringan bersama isteri sejak setahun yang lalu.

The post Sufi Rashid Jual Audi Dek Terkesan Dengan PKP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.