Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Almy Nadia Hamil, Fizz Fairuz Idamkan Anak Lelaki

Pelakon Datuk Fizz Fairuz baru-baru ini telah memaklumkan sebuah berita gembira apabila isteri tersayang, Datin Almy Nadia khabarnya kini sedang hamil anak ke-4 mereka.

Khabar mengujakan itu dikongsikan Fizz menerusi sebuah hantaran video di Instagram di mana dia yang sedang menyambut Hari Bapa turut menerima kejutan iaitu berita kehamilan tersebut.

Advertisement

Dalam video itu, Fizz turut memaparkan foto dua alat ujian kehamilan berserta ucapan tahniah daripada anak-anaknya.

Difahamkan, kandungan Almy kini sudah mencecah usia 15 minggu dan ramai peminat membuat andaian bahawa rezeki anak kali ini adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujar Fizz, dia gembira dan berlapang dada menerima rezeki cahaya mata tersebut dan berharap agar semua proses kehamilan dan kelahiran kelak akan dipermudahkan Allah S.W.T.

Dalam pada masa yang sama, Fizz turut meluahkan harapan untuk mendapatkan anak lelaki pada kehamilan kali ini namun hanya menerima apa jua rezeki yang dikurniakan Illahi.

Terdahulu, Almy pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini. Pasangan pelakon ini telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan dan juga mempunyai seorang anak angkat.

BACA: Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7, Ucapan Fizz Fairuz Pada Almy Nadia Cuit Hati Netizen

Powered by Blogger.