Ads Top

Main Ad

‘Takyah Jadi B*doh..’ – Sharifah Amani Jawab Soal Jodoh, Minta Kaum Wanita Bersabar

Seseorang yang sering kali menyuarakan pendapatnya dengan lantang, pelakon hebat Sharifah Amani kali ini juga turut menyuarakan pandanganya berkenaan dengan sebuah video yang tular di Twitter dimana seorang pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya berkongsi video bertajuk Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh.

BACA: Berang Isu Guru ‘Spot Check’ Haid Ketika Bulan Puasa, Sharifah Amani Dan Sharifah Aleya Kongsi Pengalaman Hitam

Advertisement

Amani atau sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya memuat naik sebuah ciapan di Twitter menasihati para wanita agar tidak menjadi bodoh semata-mata hanya untuk mencari pasangan hidup.

Takyah jadi bodoh. Pegang pada iman, percaya dengan Allah. InsyaAllah nanti dia sampai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan pelakon tersebut terutamanya kaum wanita yang mempunyai pandangan yang sama dengan Amani.

Setuju. Kalau Allah kata during this time you need a man. Mesti dia dah bukak, dan tunjukkan jalan ke arah itu. HE is the best planner.

sharifah amani Sumber : Instagram Sharifah Amani  

Menerusi video yang berdurasi 56 saat dimuatnaik oleh Prof Muhaya itu, beliau berkata wanita seharusnya tidak melebihi atau menyaingi kaum lelaki, malah dia memberitahu kaum lelaki lebih tertarik dengan wanita yang mempunyai perwatakkan lemah lembut dan perlukan bantuan.

The post ‘Takyah Jadi B*doh..’ – Sharifah Amani Jawab Soal Jodoh, Minta Kaum Wanita Bersabar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.