Ads Top

Main Ad

Terpaksa Henti Hulur Bantuan Kerana Wang Susut, Man Raja Lawak Akui Dah Tiada ‘Job’

Pelawak Man Raja Lawak mengakui berasa sedih kerana terpaksa menghentikan bantuan kepada individu yang terjejas akibat COVID-19 berikutan wang simpanannya yang semakin berkurangan.

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim, 44, menjelaskan bahawa dia kini terpaksa memikirkan diri sendiri kerana memikirkan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan yang tiada berpenghujung.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak)

Ujar Man, wang simpanannya masih mencukupi buat masa sekarang namun ingin bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

“Saya pun sekarang ni kena bersedia sebab dengar khabar PKP akan diteruskan tambahan sekarang tak ada program dan saya sendiri bergantung dengan simpanan. Saya pun takda job dah lama, tapi saya usaha selagi boleh..”

Advertisement

Katanya lagi, dia bersyukur kerana dirinya tidak boros dan tidak hisap rokok jadi membuatkan dirinya cukup simpanan di kala kesusahan.

Terdahulu, Man yang menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 telah menggondol hadiah wang tunai RM50,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak)

Dia kemudiannya memaklumkan akan berkongsi wang kemenangan tersebut untuk membantu rakyat Malaysia yang berdepan kesempitan hidup ketika pandemik COVID-19.

BACA: “Gemuk Hodoh, Dah Kurus Pun Dihina..” Man Raja Lawak Tabah Berdepan Tohmahan Netizen

“Sekarang ni boleh dikatakan hari-hari orang DM. Saya sudah minta maaf bantuan dah tutup tapi ada juga yang masih memaksa. Kita ni bagi ni kadang-kadang kena pilih takut ada orang yang ambil kesempatan dan orang yang sama. Buat masa ini saya kena dahulukan keluarga, jiran, adik beradik dulu. Selagi saya ada duit simpanan saya akan tolonglah..” ujarnya mengakhiri bicara.

The post Terpaksa Henti Hulur Bantuan Kerana Wang Susut, Man Raja Lawak Akui Dah Tiada ‘Job’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.