Ads Top

Main Ad

‘Tidak Ada Hubungan Istimewa, Masih Dalam Proses Mencari Yang Terbaik’ – Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad menjawab pertanyaan orang ramai berkenaan dengan dirinya sudah mempunyai teman istimewa atau pun tidak, lalu dia menjawab buat masa ini dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana wanita.

BACA: Kelihatan Mesra Bersama Azira, Sharnaaz Sudah Jumpa Pengganti? 

Advertisement

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, buat masa ini dia masih di dalam proses perkenalan demi mencari calon yang terbaik untuk anak lelakinya iaitu Jebat Jayden.

Saya sekarang ini tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Apa yang saya boleh cakap, masih dalam proses mengenali kerana mencari terbaik. Yang terbaik itu bukan untuk diri saya tetapi untuk diri Jebat dan masa depan dia.

 

Sharnaaz menjawab pertanyaan mengenai hubungannya diantara penyanyi, Azira Shafinaz itu di dalam live Instagram apabila ditanya oleh Pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka berdua.

sharnaaz ahmadSumber : Instagram Sharnaaz Ahmad  

Terdahulu, Sharnaaz dan Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017, hasil perkahwinan mereka itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden namun bahtera yang dibina oleh mereka tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.

The post ‘Tidak Ada Hubungan Istimewa, Masih Dalam Proses Mencari Yang Terbaik’ – Sharnaaz Ahmad first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.