Ads Top

Main Ad

Tular Isu ‘B*doh-B*doh Sikit’, Ustaz Ahmad Dusuki Hubungi Prof Muhaya Minta Penjelasan

Semalam, tular di media sosial berikutan tersebarnya sebuah klip video memaparkan pakar mata dan motivasi terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya mengeluarkan kenyataan wanita perlu bersikap ‘bodoh-bodoh sedikit’ jika ingin mendapatkan jodoh dengan cepat.

Berikutan dengan hal itu, Ustaz Ahmad Dusuki berasa terpanggil untuk menghubungi sendiri Dr. Muhaya agar netizen dapat berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam mengetahui maksud dan penjelasan mengenai kenyataannya itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)

Setelah menghubungi pakar mata tersebut, Ahmad Dusuki tampil membuat kesimpulan mengenai ayat ‘bodoh-bodoh sikit’ yang diungkapkan Muhaya itu adalah merujuk kepada sikap merendah diri serta ego dengan apa yang dimiliki.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Ahmad Dusuki (@ustazahmaddusuki)

“Maksud kalimah beliau ‘bodo bodo skit’ tu bukan bermaksud membodohkan diri, tapi merujuk kepada merendahkan diri, tidak terlalu menyombong dan ego dengan apa yang dimiliki. Bahasa mudah lebih tawadduk agar di angkat darjat di sisiNya..”

Ustaz Ahmad Dusuki kemudian dilihat telah berkongsi mengenai perkara tersebut di laman Instagram untuk tatapan pengikut media sosialnya.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen telah meninggalkan pandangan masing-masing dan rata-rata bersetuju dengan penjelasan yang diberikan dan beranggapan apa yang terjadi hanyalah salah faham semata-mata.

BACA: ‘Hanya Lelaki Lemah Takutkan Wanita Kuat..” – Ben Amir Kurang Setuju Pendapat Prof Muhaya Soal Jodoh

The post Tular Isu ‘B*doh-B*doh Sikit’, Ustaz Ahmad Dusuki Hubungi Prof Muhaya Minta Penjelasan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.