Ads Top

Main Ad

“Tunang Tahun Ini, Nikah Tahun Depan..” Usop Mahu Kini Mahu Fokus Bisnes Keluarga

Penyanyi Usop mendedahkan bahawa dia sudah tamat bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Rocketfuel setelah tiga tahun berkhidmat.

Ujar Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, banyak pengalaman dan kenangan telah dikutip dan dipelajari sepanjang bersama label tersebut.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

Perkara tersebut diumumkan Usop menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Tambahnya lagi, antara sebab lain dia mengambil keputusan untuk keluar daripada Rocketfuel adalah kerana ingin menumpukan perhatian kepada bisnes keluarga.

Advertisement

Dia yang turut membantu mengusahakan perniagaan kedai makanan Ayam Masala Mama Usop di Kulim, Kedah turut memaklumkan tentang perancangan peribadinya di masa hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

Kata penyanyi lagu Pencinta Setiamu ini lagi, dia merancang untuk bertunang dengan kekasih hatinya pada tahun ini.

“Pasal kahwin pun nanti saya akan umumkan, perancangan buat masa sekarang saya merancang untuk bertunang pada tahun ini dan berkahwin tahun depan. Kita akan bagitau nanti,saya hanya merancang tapi Allah menentukan.”

Usop walau bagaimanapun berkata bahawa dia akan tetap terus menyanyi dan sudah pun mempunyai syarikat rakaman lain untuk mencuba nafas baru.

BACA: Terpaksa Kuarantin Kendiri Selama Seminggu, Usop Stress Sampai Nak Botak Kepala

The post “Tunang Tahun Ini, Nikah Tahun Depan..” Usop Mahu Kini Mahu Fokus Bisnes Keluarga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.