Ads Top

Main Ad

“You’ll Never Walk Alone!”- Sambut Hari Lahir Suami Tersayang, Mira Filzah Beri Kejutan Kek ‘Liverpool’

Pelakon disayangi ramai, Mira Filzah baru-baru ini ada mengadakan majlis sambutan hari lahir secara kecil-kecilan buat suaminya, Wan Emir Astar yang ke-31 tahun.

Perkara tersebut turut dikongsikan Mira menerusi sebuah hantaran di laman Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Menyambut hari jadi pada tanggal 3 Mei yang lalu, Wan Emir turut menerima kejutan sebuah kek lambang kelab bola sepak terkenal, Liverpool yang ditempah khas oleh isteri kesayangannya itu.

Tampil menitipkan doa selamat dan ucapan kasih sayang, Mira menzahirkan pengharapan agar suaminya itu sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T dan berjanji akan sentiasa bersama-sama di sisi sehingga ke akhir waktu.

Di entri berasingan, Wan Emir yang juga seorang arkitek itu turut memuat naik hantaran penghargaan khas buat Mira di atas sambutan hari lahirnya itu.

Menulis panjang lebar, Emir mengucapkan kesyukuran kerana dikelilingi ahli keluarga, isteri dan juga rakan-rakan yang menyokong dirinya sehingga dia berada di tahap seperti ini.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada Mira yang bersusah payah menyediakan persiapan sambutan hari lahir meskipun diadakan secara kecil-kecilan.

Terdahulu, Mira Filzah dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 September 2020 yang lalu.

The post “You’ll Never Walk Alone!”- Sambut Hari Lahir Suami Tersayang, Mira Filzah Beri Kejutan Kek ‘Liverpool’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.