Ads Top

Main Ad

Zul Yahya Cadang Orang Islam Bergejala Ringan Dikuarantin Di Masjid

Pelakon Zul Yahya baru-baru ini ada mencadangkan agar orang Islam yang positif COVID-19 dan bergejala ringan ditempatkan di dalam masjid.

Ujar Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkiffli Yahaya,48, fungsi tempat ibadah seperti masjid haruslah diperluaskan dengan menghidupkannya kembali dalam usaha mendapatkan reda Allah.

Zul Yahya

Zul Yahya menzahirkan pendapatnya itu menerusi sebuah hantaran di Facebook di mana dia merasakan bahawa pesakit-pesakit ini dapat menghidupkan kembali masjid agar tidak sepi semenjak negara dilanda wabak membunuh itu.

Facebook Zul YahyaSumber : Facebook Zul Yahya  

 

“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid supaya menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumat lebih banyak manfaat. Mungkin boleh menambahkan kebaikan kepada mereka. Kita semua tahu fungsi masjid itu sangat luas. Kita nak dapatkan bantuan Allah S.W.T, tapi rumah Allah S.W.T tidak diimarahkan. Ada cara Allah S.W.T bagi tapi kenapa tak diusahakan?”

Kata pelakon filem Leftenan Adnan itu lagi, dia sangat berharap perkara tersebut dapat diketengahkan dan atas dasar sokongan, dia dan rakan bersedia untuk menyumbang khidmat membantu menguruskan pesakit yang dikuarantin di masjid-masjid.

Zul YahyaSumber : Google  

Ujar Zul lagi, perkara tersebut pernah disuarakan pada tahun lalu namun tidak mendapat sambutan dan perhatian.

“Para ulama yang dimuliakan lagi dikasihi serta sahabat, mohon dipanjangkan perkara ini..” tulisnya lagi dalam hantaran tersebut.

The post Zul Yahya Cadang Orang Islam Bergejala Ringan Dikuarantin Di Masjid first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.