Ads Top

Main Ad

Zynakal Ambil Keputusan Rehat Seketika Dari Guna Media Sosial

Penyanyi Zynakal baru-baru ini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada menggunakan media sosial dan juga teknologi kerana ingin mengutamakan kesihatan mental dan fizikalnya.

BACA: Dikecam Komen ‘Uga-Uga’, Zynakal Mohon Maaf Tiada Niat Sindiri Adat Orang Sarawak

Advertisement

Zynakal yang pernah menjalani rawatan dan pemulihan untuk masalah Bipolar Mania berkata keputusannya ini untuk kebaikan buat dirinya juga.

Saya akan menutup telefon selama lima hingga enam bulan. Dalam tempoh ini, saya mahu menjauhkan diri saya daripada penggunaan teknologi termasuklah sosial media.

Pada masa sama, saya mahu memberi fokus kepada penjagaan kesihatan diri sendiri, ubat-ubatan seperti dinasihatkan doktor. Saya juga mahu menulis lagu dan banyakkan membaca,

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Tambahnya lagi, dia serik untuk meninggalkan komen yang mungkin boleh menguris hati sesetengah pihak sehinggakan dirinya dikecam teruk oleh netizen berkenaan isu adat orang Sarawak.

Sumber : Instagram Zynakal  

Perkembangan lain penyanyi yang menyanyikan lagu Terbang ini ialah dia kini dalam proses untuk menyiapkan album terbarunya yang mempunyai 12 lagu.

The post Zynakal Ambil Keputusan Rehat Seketika Dari Guna Media Sosial first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.