Ads Top

Main Ad

“Aku Tak Berpihak Pada Sesiapa..” – Sharnaaz Ahmad Henti Ulas Isu Caprice Dan Ebit Lew

Di dalam kemelut ‘panas’ yang sedang berlaku di antara penyanyi rap, Caprice dan juga pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak berpihak pada mana-mana pihak.

BACA: “Tak Payah Buat Sesi Pendedahan Dekat Media Sosial Macam Ni” – Sharnaaz Ahmad

Advertisement

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia hanya ingin menjaga aib kedua pihak sebelum keadaan menjadi semakin keruh.

Sahabat ku sekalian, aku tak berpihak pada sesiapa. Ebit pun tak, Caprice pun tak.. Ada aib yang kita perlu jaga sebelum nama dan agama kita sayangi ini terjejas.

Maafkan aku kalau aku buat pandai. Tapi kebenaran ini berat untuk semua rakyat terima, untuk Malaysia dan umat Islam.

Dalam ciapan yang sama di akaun Twitter pelakon tersebut, dia turut berkata tidak akan mengulas lagi berkenaan dengan kontroversi yang sedang berlaku ini dan menyerahkan kepada kedua-dua pihak untuk selesai kan perkara ini dengan baik.

Advertisement
sharnaaz ahmadSumber : Instagram Sharnaaz Ahmad  

 

Sedia maklum, sebelum ini nama Caprice menjadi bualan orang ramai apabila dia memuat naik beberapa hantaran di akaun rasmi Instagramnya dimana dia meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila dia tidak dibenarkan memasuki Gaza.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post “Aku Tak Berpihak Pada Sesiapa..” – Sharnaaz Ahmad Henti Ulas Isu Caprice Dan Ebit Lew first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.