Ads Top

Main Ad

Anak Alami ‘Speech Delay’, Mia Ahmad Akui Dedah Anak Pada Gajet Sejak Bayi

Pelakon Mia Ahmad mengakui kesilapannya mendedahkan anak sulung, Sayf Issa dengan penggunaan gajet sejak bayi telah menyebabkan permata hatinya itu mengalami masalah lambat bercakap, mudah hilang fokus dan tiada kemahiran sosial.

Ujar Mia, dia mulai sedar akan kesilapannya itu dan menganggap dirinya sebagai ibu yang mementingkan diri sendiri pada ketika itu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Namun, pelakon drama Jejak Karmila itu bersyukur kerana masalah yang dihadapi kini beransur pulih dan Sayf mula menunjukkan perkembangan memberansangkan seperti kanak-kanak lain.

“Saya mengaku kesalahan sendiri. Pada waktu itu, saya cuma fikirkan diri saya sahaja dan mula dedahkan penggunaan gajet secara kerap pada Issa. Alhamdullila dengan izin-Mu, Issa menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Mula bercakap dan berinteraksi..”

Perkara tersebut dikongsi Mia menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan dan pengajaran buat para pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Dia dalam pada itu turut menitipkan nasihat buat ibu-bapa di luar sana agar mengurangkan penggunaan gajet terhadap anak masing-masing terutamanya dalam waktu pandemik kini.

Advertisement

Sekadar info, Mia Ahmad telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi pada tahun 2017 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sayf Issa,3, dan Iris yang kini berusia setahun.

BACA: Hanya Ada 4 Huruf, Mia Ahmad Kongsi Sebab ‘Iris’ Jadi Nama Pilihan Untuk Anak Kedua

The post Anak Alami ‘Speech Delay’, Mia Ahmad Akui Dedah Anak Pada Gajet Sejak Bayi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.