Ads Top

Main Ad

“Apa Masalahnya Brother..” Sharnaaz Ahmad Tegur Caprice Di Instagram

Semalam, kecoh di media sosial Twitter dan Instagram mengenai Caprice yang didakwa telah mendedahkan kisah belakang tabir yang membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew di Gaza, Palestin.

Meskipun ramai yang masih celaru dan tidak memahami apa yang cuba disampaikan penyanyi rap yang kini masih lagi berada Palestin, tindakan pemilik namaa Ariz Ramzli, 33, ternyata telah mencetuskan tanda tanya mengenai misi bantuan kemanusiaan mereka di bumi Palestin

Advertisement

BACA: Luah Perasaan Isu Di Gaza, Netizen Syak Caprice ‘Terasa Hati’ Dengan Ustaz Ebit Lew?

Antara artis yang tampil memberi teguran dan kecewa mengenai perbalahan yang membabitkan dua personaliti terkenal itu adalah pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Orang sedang tengok anda di sana, tak perlu nak cipta gelombang tertentu seperti nak dedahkan sesuatu yang besar..apa masalah brother? Anda adalah orang yang baik, mungkin wujud isu mental kerana apa yang anda lihat di sana tak seperti yang dibayangkan.”

Advertisement

Pelakon filem Jebat itu berkata demikian ketika turut sama menyertai sesi Instagram Live bersama Caprice pada malam semalam.

Terdahulu, Caprice mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat apabila dia ada memaklumkan bahawa penduduk Gaza merungut mengenai cara Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada penduduk di sana.Malah, menurut Caprice lagi, Ebit Lew turut menyekat akaun Instagramnya.

CapriceSumber : Instagram Caprice  

Susulan daripada perkara itu, ramai pengguna media sosial dan beberapa selebriti menganggap Caprice bertindak kurang profesional dalam isu tersebut.

Manakala Caprice dalam sesi Live semalam turut memaklumkan bahawa dia masih belum bersedia untuk pulang selagi masalah politik yang sedang berlaku di tanah air tidak diselesaikan secara baik.

“Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati tentang isu ustaz Ebit Lew. Sesiapa pun kalau salah kita kena tegur.” ujar Caprice.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Apa Masalahnya Brother..” Sharnaaz Ahmad Tegur Caprice Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.