Ads Top

Main Ad

“Beli Rumah Lagi Bagus!” Zizan Razak Menyesal Beli Kereta Ferrari

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui bahawa dia merasa menyesal kerana membeli kereta mewah dan bukannya rumah ketika usia muda.

BACA: Tuju Ucapan Hari Lahir Buat Diri Sendiri, Zizan Razak Berdoa Agar Jodoh Dipermudahkan

Advertisement

Jelas Zizan atau nama sebenarnya Muhammad Razizan Abdul Razak, penyesalan terbesar yang pernah dibuat dalam hidupnya adalah membeli kereta mewah berjenama Ferrari dan bukannya memiliki aset hartanah.

Ujar pelakon filem Polis Evo ini lagi, ada sesetengah orang datang minta pendapat daripadanya mengenai pembelian kereta GT-R atau pun Mustang, manakah satu yang lebih baik.

“Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian. Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang. Beli rumah, that’s like the best thing ever.”

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan secara rawak ketika bersiaran langsung bersama rakan artis iaitu Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan Pak Din, malam tadi.

Live Zizan RazakSumber : Instagram Zizan Razak  

Terdahulu, sekitar tahun 2015, Zizan dilaporkan telah membeli sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning di mana ia dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta selepas sahabatnya, pelawak Tauke berkongsi sekeping foto dalam Instagram.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Beli Rumah Lagi Bagus!” Zizan Razak Menyesal Beli Kereta Ferrari first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.