Ads Top

Main Ad

“Bodoh Tu Simpan Dalam Sungai!” , Che Ta Bidas Sinis Netizen Persoal Kewujudan Ikan Talapia Laut

Gara-gara video memasak ikan talapia masak lemak di Instagram, pelakon Rozita Che Wan dipersoal seorang individu yang mempertikaikan kewujudan ikan yang digunakan aktres itu iaitu ikan talapia laut.

Ikan talapiaSumber : Instagram Che Ta  

“Ada ke ikan talapia laut? Baru tengok Che Ta masak dekat Instagram..” soal individu tersebut di Facebook.

Advertisement

Tidak menunggu lama, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu tampil membidas sinis persoalan individu tersebut dan mempertahankan kewujudan ikan talapia laut.

BACA: “Dekat IG Tayang Beg Berjuta..” Gara-Gara Minta Diskaun Beli Rendang, Nama Rozita Che Wan Kena ‘Petik’

Malah, Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu turut berkongsi perbezaan ikan jenis sungai dan laut di Instagram Story miliknya.

Instagram Che TaSumber : Instagram Che Ta  

“Bodoh tu simpan dalam sungai supata orang tak nampak!” balas Che Ta marah.

Advertisement

Terdahulu, isteri kepada Zain Saidin itu rajin berkongsikan resipi juadah enak dalam Instagram miliknya menerusi aplikasi Reels di mana dia ada berkongsi resipi ikan talapia laut masak lemak dengan pegaga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dia juga kini sedang sibuk mengusahakan perniagaan Lapis Pandan Cheese Cake menerusi akaun @daridapoqcheta.

The post “Bodoh Tu Simpan Dalam Sungai!” , Che Ta Bidas Sinis Netizen Persoal Kewujudan Ikan Talapia Laut first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.