Ads Top

Main Ad

Cari 100 Keluarga, Eina Azman Hulur Bantuan Pada Mereka Yang Susah

Pelakon Datin Eina Azman dilaporkan sedang mencari 100 buah keluarga yang memerlukan bantuan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kini.

BACA: ‘Saya Mohon Maaf’ – Eina Azman Mengaku Ada Masalah Kesihatan, Terlalu Peribadi Untuk Dikongsi

Advertisement

Perkara tersebut diuar-uarkan Eina menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Ini berikutan mesej yang banyak diterimanya di Instagram yang meminta bantuan daripadanya.

“Memandangkan terlalu ramai yang DM (mesej peribadi) Eina minta bantuan untuk keperluan harian..jadi Eina decide untuk tolong 100 keluarga yang betul-betul susah dan memerlukan bantuan ini. Yang betul-betul susah ya. Tolong DM Eina alamat nanti saya akan hantar terus barang keperluan dapur.”

Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil memuji usaha murni Eina dan turut mendoakan agar pelakon drama The Maid itu dimurahkan rezeki sentiasa.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Advertisement

Terdahulu, Eina pernah menguar-uarkan mengenai bantuan khas kepada golongan peniaga kecil dengan mempromosikan perniagaan mereka secara percuma di akaun IG miliknya.

Sekadar info tambahan, Eina telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmet dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Karl dan Aubrey.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Cari 100 Keluarga, Eina Azman Hulur Bantuan Pada Mereka Yang Susah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.