Ads Top

Main Ad

“Cepat Sembuh Sayang..” Neelofa Akui Hancur Hati Ikuti Kes Dera Adik Bella

Tular beberapa hari ini kes mengenai penderaan seorang anak istemewa kurang upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella oleh pengasuhnya.

BACA: Hulur Barang Makanan Dan Wang Tunai, Neelofa Bantu 70 Keluarga Terkesan PKP

Advertisement

Menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat tambahan ia melibatkan seorang aktivis kemanusiaan terkenal, kes tersebut juga menarik perhatian personaliti terkenal Neelofa yang menzahirkan perasaan simpati kepada mangsa.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menerusi ciapan Twitter, isteri kepada PU Riz itu turut berkongsi kepedihan hatinya dengan situasi yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Ujar Neelofa, apa yang terjadi ke atas adik Bella adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku kepada seorang kanak-kanak apatah lagi anak syurga yang tidak berdosa.

Adik Bella OKUSumber : Google  

Kata pengacara itu lagi, dia juga berdoa agar keadilan dapat ditegakkan untuk pihak Bella.

“Semoga keadlian berpihak kepada Bella dan saya harap awak akan segera sembuh sayang..” tulisnya lagi.

Antara artis yang bersuara mengenai kekejaman penderaan yang dilakukan ke atas adik Bella seperti Nad Zainal dan Erra Fazira.

View this post on Instagram

A post shared by ??? ????? (@nad.zainal)

Mereka turut memperkenalkan tanda paga #justiceforbella agar pendedahan mengenai isu ini dapat diketahui oleh lebih ramai lagi masyarakat di luar sana.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah video berdurasi 1 minit lebih yang dimuat naik seorang aktivis sosial, Mona Din yang memaparkan Bella telah ditemui dengan kesan melecur dan bernanah teruk pada anggota badannya dipercayai didera.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Cepat Sembuh Sayang..” Neelofa Akui Hancur Hati Ikuti Kes Dera Adik Bella first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.