Ads Top

Main Ad

Demi Kelansungan Hidup, Zainol Macwilson Kini Jual Baja Dan Mangga

Bapa kepada pelakon jelita Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson khabarnya telah mula mengusahakan perniagaan menjual baja selepas mangga harum manis.

BACA: Perth Anjur Perintah Sekatan ‘Lockdown’, Zainol Macwilson Bimbang Keadaan Zahirah Di Perantauan

Advertisement

Ujar Zainol, tiada apa yang dimalukan untuk seorang selebriti seperti dirinya untukmula menjual asalkan halal demi kelangsungan hidup sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Berikutan tiada tawaran untuk berlakon dan sebagainya, Zainol mengambil langkah inisiatif lain dalam mencari rezeki.

Perkara tersebut turut diuar-uarkan bekas penyampai berita TV3 itu menerusi media sosial Instagramnya untuk pengetahuan para peminat di luar sana.

“Sekarang pula dengan PKP, shooting pun dihentikan. Jadi saya beralih ke penjualan baja pula! Yang penting, kita cari rezeki yang halal dan tak perlu nak rasa malu atau pun segan. Buat masa ni, khusu untuk warga Perlis saja..”

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji usahanya dalam mencari rezeki meskipun terpaksa bergelumang dengan kotoran tanah dan sebagainya.

“Betul tu..nak malu apa kan janji halal..” komen seorang netizen.

Sekadar info, Zainol Macwilson merupakan pelakon popular ketika era tahun 90-an dan masih aktif berlakon dalam beberapa drama tempatan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Demi Kelansungan Hidup, Zainol Macwilson Kini Jual Baja Dan Mangga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.