Ads Top

Main Ad

“Dia,Dia, Aku, Aku..” Isu #BenderaPutih, DS Vida Enggan Disamakan Dengan Ebit Lew

Gara-gara kes video tular membabitkan pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang telah mengulas tentang kempen #benderaputih ternyata telah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada netizen.

Kata netizen, kenyataan DS Vida disifatkan sebagai tidak sensitif dan mementingkan diri di kala rakyat sedang bergelut dengan pelbagai kesulitan ketika pandemik ini.

Advertisement
@datoserividaofficialReply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida? original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Tidak berdiam diri, usahawan itu tampil menjelaskan niat sebenar di sebalik kenyataannya di mana dia hanya ingin menyuntik semangat kepada orang ramai untuk berusaha mengubah diri.

BACA: “Usaha, Jangan Malas!” – Dato’ Seri Vida Nasihat Golongan Terjejas Jangan Guna Alasan PKP

Katanya lagi, dia menyokong kempen #benderaputih tapi dalam isu tersebut bukan semua orang sanggup angkat bendera putih semata-mata hanya ingin mendapatkan bantuan.

Advertisement

“Sama juga kalau angkat bendera putih pun, bukannya bantuan terus sampai dalam tempoh lima minit. Kalau banyak alasan macam mana nak kaya?” ujarnya lagi.

Dia dalam pada itu turut meminta orang ramai agar tidak membanding-bandingkan dirinya dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

 

“Saya bukan Ebit Lew, aku dari susah sekarang senang, Dia dia aku,aku. Tidak sama diciptakan. Kalau semua diciptakan sama maka tiadalah orang sesak tiadalah orang kaya.”

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Dia,Dia, Aku, Aku..” Isu #BenderaPutih, DS Vida Enggan Disamakan Dengan Ebit Lew first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.