Ads Top

Main Ad

Digelar Kaki Sondol Dan Mata Duitan, Bekas Adik Ipar Dedah Perangai Fiza Halim

Kembali memegang status ibu tunggal, Fiza Halim sebelum ini telah mengaku bercerai buat kali ketiga pada 22 Julai tahun lalu.

BACA: Fiza Halim Pening Kepala Bila Dilamar VIP Berstatus Duda

Advertisement

Meskipun agak lama masa diambil buat pelakon wanita ini untuk mendedahkan perkara sebenar, Fiza walaubagaimanapun reda apabila jodohnya bersama juruterbang, Aizat Al Jefri itu tidak berpanjangan meskipun hanya 4 tahun berumah tangga.

Fiza AizatSumber : Google  

Terbaru, muncul pula dakwaan daripada seorang wanita yang dikatakan bekas adik ipar Fiza yang mendedahkan punca sebenar abangnya dan pelakon jelita itu bercerai.

Dikenali sebagai Afrina, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim sebenarnya menjalin cinta dengan abangnya yang ketika itu masih bersuami orang.

Fiza HaliimSumber : Twitter Afrina Farzana  

Perkara tersebut didedahkan Afrina menerusi sebuah rangkaian twit di laman Twitter dan juga Instagram Stories, kelmarin.

Advertisement

Malah, menurut wanita itu lagi, Fiza juga digambarkan sebagai seorang yang suka mengikis duit dan tidak menghormati keluarga bekas suaminya itu.

FizaSumber : Instagram Afrina  
FizaSumber : Instagram Afrina  
FizaSumber : Instagram Afrina  

Ujar Afrina lagi, Fiza juga banyak mengeluh dan memburukkan suami sendiri ketika Aizat tidak dapat bekerja selama 3 bulan gara-gara pandemik yang melanda dunia sejak beberapa tahun lalu.

Meskipun berita ini mula menjadi tular dalam kalangan netizen, Fiza dilihat masih belum tampil memberi respon mengenai isu ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Digelar Kaki Sondol Dan Mata Duitan, Bekas Adik Ipar Dedah Perangai Fiza Halim first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.