Ads Top

Main Ad

Dituduh Pentingkan Diri Dan Tak Berhati Perut, Inessa Adik Arwah Benjy Tak Diamkan Diri

Adik kepada arwah Benjy Ibrahim, Inessa Irdayanty terkilan apabila menerima beberapa kiriman mesej yang dibuat oleh seorang pelakon wanita yang menuduh perkara yang tidak sepatutnya terhadap keluarganya.

BACA: (TAKZIAH) Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Di Medan Indonesia

Advertisement

Menurut Inessa, pelakon wanita tersebut menghantar mesej peribadi itu menerusi akaun Instagramnya yang menuduh dia dan keluarganya seakan-akan tidak mengendahkan Benjy ketika arwah berada di dalam penjara.

If your mother knew this, she would feel so damn sad. Tak malu ke tak ada hati perut ke NO humanity ke sampai abang nak bayar medical bills RM500 saja tak mahu tolong? Selfish.. Evil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Inessa Irdayanty (@inessukamakan)

Kerana terkesan dengan kata-kata yang diberikan oleh individu tersebut, Inessa tidak mendiamkan diri dan memaklumkan dia sendiri berhempas pulas untuk bantu meringankan beban arwah abangnya termasuk menyara keluarga.

Kau tahu ke berapa banyak kakak aku kasi kat Ben tiap-tiap bulan? Kau tahu tak how kakak aku juggled 3-5, sometimes SEVEN jobs at one time!! sampai masuk hospital banyak kali sampai doktor yang beri arahan suruh dia berhenti kerja.

Dia bagai NAK MATI cari duit nak hantar dekat abang aku? Kau tahu ke berapa kali kakak aku NAK BUNUH DIRI sebab tak tahan pressure jaga abang aku?

Inessa Adik Benjy MesejSumber : Instagram Inessa Irdayanty  

Dalam pada masa yang sama, Inessa turut memberitahu dia sudah beberapa kali menangguhkan majlis perkahwinannya kerana mempunyai masalah kewangan.

SEMBILAN TAHUN aku simpan duit jadi kosong, simpan kosong, simpan kosong, sebab tolong keluarga aku. Sampaikan last-last aku kahwin nikah COVID-19 je tahun lepas.

 

Inessa Adik Benjy MesejSumber : Instagram Inessa Irdayanty  

 

Sedia maklum, arwah Benjy Ibrahim telah meninggal dunia Ahad lalu di Hospital Besar Royal Prima Medan, Indonesia atas akibat penyakit asmanya yang kronik.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dituduh Pentingkan Diri Dan Tak Berhati Perut, Inessa Adik Arwah Benjy Tak Diamkan Diri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.