Ads Top

Main Ad

Dua Bulan Bersalin, Sari Yanti Dan Jep Perkenal Anak Ke-3 Kepada Peminat, Comel Sungguh!

Setelah hampir dua bulan melahirkan cahaya mata ke-3 mereka, Sari Yanti dan suami, pelawak Jep Sepahtu akhirnya memperkenalkan si kecil itu kepada peminat dan pengikut media sosial mereka.

Si cilik yang diberi nama Abu Bakr Mohd Nadzri itu merupakan anak ketiga hasil perkahwinan mereka dan merupakan anak ke-5 buat Sari di mana dia mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Perkara tersebut dikongsi Sari menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia turut mendedahkan wajah Abu Bakr kepada umum.

“Assalamualaikum semua. Nama saya Abu Bakr Bin Mohd Nadzri. introducing my number 5.” tulisnya di bahagian kapsyen.

View this post on Instagram

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Terdahulu, Sari telah selamat melahirkan anak lelakinya itu pada tanggal 15 Mei lalu selepas melahirkan anak ke-4 mereka 11 bulan sebelum itu.

Sekadar info, Sari Yanti dan Jep telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2017 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara,3 dan Muhammad Kidir yang kini berusia setahun lebih.

BACA: (TAHNIAH) Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

The post Dua Bulan Bersalin, Sari Yanti Dan Jep Perkenal Anak Ke-3 Kepada Peminat, Comel Sungguh! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.