Ads Top

Main Ad

“Dua Hero Malaya Bertemu!” Peminat Teruja, Ebit Lew Dan Caprice Bertemu Di Gaza

Penceramah bebas Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice khabarnya telah bertemu di Gaza, Palestin.

Perkara tersebut dimaklumkan Caprice menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik olehnya di media sosial Instagram untuk tatapan para peminat.

Advertisement

BACA: “Halalkan Makan Minum Saya..” Berangkat Ke Gaza, Caprice Sertai Misi Kemanusiaan

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Alhamdulillah sebab ramai dekat Malaysia tanya, finally dapat jumpa @ebitlew..” tulisnya di bahagian kapsyen hantaran video tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur dan teruja melihatkan kedua-dua personaliti terkenal itu sihat dan berada dalam keadaan baik.

“Dua hero Malaysia berjumpa..” komen seoran netizen.

Dianggap sebagai hero Malaya oleh sesetengah netizen kerana sibuk melakukan misi kemanusiaan di wilayah bergolak itu, peminat turut mendoakan agar keduanya selamat sehingga misi berakhir.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dalam perkembangan lain, Ebit Lew baru-baru ini telah menerima anugerah Duta Muhibbah oleh pemerintah Palestin.

Dia kini dalam misi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat serangan Israel.

Malah, pasukan kemanusiaan yang diwakili Ebit juga merupakan yang pertama di dunia dibenarkan masuk ke Gaza melalui pintu Rafah sejak peperangan 11 hari pada Mei lalu.

BACA: Ebit Lew Kongsi Perkembangan Di Gaza Setelah Beberapa Hari Senyap

The post “Dua Hero Malaya Bertemu!” Peminat Teruja, Ebit Lew Dan Caprice Bertemu Di Gaza first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.