Ads Top

Main Ad

Elyana Mohon Doa Peminat, Bakal Jalani Radioterapi Bahagian Hati Dan Pinggul

Penyanyi Elyana memaklumkan bahawa dia akan kembali menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul pada hari ini.

BACA: “Mohon Doa Saya Dan Keluarga Sihat..” – Elyana Sambut Hari Lahir Secara Sederhana

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan Elyana menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Kata Elyana lagi, dia juga sudah empat hari tidak cukup tidur kerana mengalami sakit badan namun hanya berfikiran positif dan menganggap hanya angin dalam badan semata-mata.

“Esok (hari ini) dah mula radioterapi bahagian liver dan pinggul. Malam ini tidur hospital sorang-sorang. Tiba-tiba sayu je rasa..”

Penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar urusannya berjalan lancar dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi dugaan sakit itu.

Advertisement

Sekadar info, Elyana telah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun yang lalu dan ia dilaporkan telah merebak ke rahim, hati dan juga pangkal paha.

Dia sebelum ini membuat pendedahan mengenai penyakit yang dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Elyana Mohon Doa Peminat, Bakal Jalani Radioterapi Bahagian Hati Dan Pinggul first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.