Ads Top

Main Ad

Fedtri Yahya Kongsi Orang Palestin Memang Sensitif Isu Anak Yatim

Beberapa minggu ini, terlalu banyak pendedahan yang dikongsikan kepada semua rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku di Palestin dan ia bermula apabila Caprice menyatakan orang Arab terutamanya rakyat Palestin tidak berpuas hati apabila rakaman anak yatim di sana dikongsikan pada media.

Terkini, Fedtri Yahya turut berkongsi di Twitter miliknya tentang pengalamanya sewaktu ke Palestin buat kali pertama dan kumpulannya turut beria-ia merancang untuk mendirikan sebuah kompleks anak yatim di sana.

Advertisement

Tapi itu semua tidak berlaku sebaik sahaja mengetahui isu anak yatim amat sensitif apabila persaudaraan antara mereka sangat kuat seperti adik-beradik dan jika ada anak yatim, saudara anak tersebut pasti akan menjaga mereka.

This image has an empty alt attribute; its file name is f4594c22-7547-462a-8388-0d2062110fa7-657x600.jpg

Orang Palestin juga merasakan seperti satu keaiban buat mereka sekiranya rumah anak yatim semakin banyak kerana ini seperti menunjukkan mereka tidak ambil peduli tentang nasib anak-anak yatim.

This image has an empty alt attribute; its file name is 56d403c5-e8cc-4aae-a15b-21e5c09b9265-717x600.jpg

Advertisement

Pengalaman yang sama turut dialami krew Jejak Rasul sewaktu melakukan rakaman di sana apabila visual yang cantik terpaksa dipadam atas alasan mengaibkan mereka.

Tidak cukup dengan itu, Fedtri juga mendedahkan yang kejadian kamera dirampas menjadi perkara biasa dan masalah ini semakin parah apabila mereka sukar untuk berkomunikasi dengan baik.

Semoga dengan perkongsian Fedtri Yahya ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita supaya lebih memahami situasi di sana. Kita tidak boleh samakan apa yang menjadi kebiasaan di negara kita bila berada di tempat orang. Bagaimanapun, apa yang berlaku bukanlah penghalang untuk kita berhenti melakukan kebaikan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Fedtri Yahya Kongsi Orang Palestin Memang Sensitif Isu Anak Yatim first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.