Ads Top

Main Ad

Hanya Dibayar RM150, Jalil Hamid Kecewa Gaji Pelakon Senior Dibayar Rendah

Pelakon senior, Jalil Hamid meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap sesebuah produksi penerbitan yang membayar gaji pelakon senior jauh lebih rendah daripada pelakon muda hanya kerana mereka lebih banyak pengikut di media sosial.

BACA: Jalil Hamid Rasa Terhina Ditawar RM1,500 Untuk Pegang Peranan Utama

Advertisement

Jalil Hamid meluahkan rasa tidak puas hati itu ketika sesi sidang media virtual sempena pelancaran drama terbaru berjudul Ayahanda, pagi tadi.

Jalil HamidSumber : Google  

Kata Jalil, soal gaji rendah dalam kalangan pelakon senior dan veteran merupakan sesuatu yang sangat tidak adil dan masih berlaku dalam industri seni lakonan tanah air.

Tambahnya lagi, mereka yang telah lama terlibat dalam dunia lakonan ini juga mempunyai bakat dan perlu wang untuk menyara kehidupan seharian.

Dia juga mengaku bahawa pernah berkecil hati dengan beberapa syarikat produksi yang meletakkan harga terlalu rendah ketika menawarkannya untuk berlakon.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JH official (@jalilhamid)

“Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang. Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerja kerana saya rasa ini adalah satu penghinaan kepada saya.”

Drama bersiri Ayahanda yang merupakan naskah terbaru arahan Datuk Tarmimi Siregar telah pun ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula semalam. Ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Hanya Dibayar RM150, Jalil Hamid Kecewa Gaji Pelakon Senior Dibayar Rendah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.