Ads Top

Main Ad

Hanya Mahu Bekerja Dengan Artis Yang Sudah Ambil Vaksin, Shahrulezad Tak Paksa

Pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin berkata dia akur dengan keputusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang mewajibkan setiap anak seni dan juga kru penggambaran untuk melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 sebelum memulakan tugas di loksai.

BACA: “Neelofa Ni Sejenis Lapar Perhatian, Sengaja Cari Masalah..” – Shahrulezad ‘Budak Ijat’

Advertisement

Shahrulezad yang lebih mesra disapa sebagai Ijat menjelaskan bahawa pihak syarikatnya, Radius One Sdn. Bhd. tidak akan memaksa mana-mana penggiat seni serta pelakon untuk mengambil vaksin namun hanya akan berurusan dengan golongan yang sudah lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Kata Ijat lagi, belum ada undang-undang di Malaysia mewajibkan setiap rakyatnya untuk mengambil vaksin maka tidak ada sesiapa boleh memaksa sesiapa pun.

“Bertenanglah. Saya tak mahu berdebat, tak mahu putus kawan. Cuma, setakat ni FINAS, stesen televisyen dan Radius One hanya akan berurusan dengan mereka yang sudah mengambil vaksin. Kami ada hak untuk memilih siapa yang kami mahu bekerja.”

Ujarnya lagi, jika mengikut dirinya, satu dos sudah mencukupi kerana ada yang masih menunggu untuk menunggu suntikan yang kedua namun dia hanya akur dengan keputusan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Advertisement

Terdahulu, Shahrulezad dan Radius One telah mengeluarkan kenyataan sejak bulan Mei yang lalu di mana mereka tegas dengan pendirian untuk berurusan dengan mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin demi keselamatan dan kesihatan para pekerja dan pelakon.

“Kepada yang enggan, selamat maju jaya. Kalau rasa nak jalani penggambaran, pergi ambil vaksin. Kalau tak, tak apa. Insyallah rezeki ada di mana-mana, jangan risau, bumi Allah ni luas.” tulis pengarah drama Nur ini di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Hanya Mahu Bekerja Dengan Artis Yang Sudah Ambil Vaksin, Shahrulezad Tak Paksa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.