Ads Top

Main Ad

“Hero Macam Ni, Heroin Lawa Betul..” – Naqiu Janggal Digandingkan Dengan Elizabeth Tan

Hal yang tidak dijangkakan buat pelakon, Naqiu Bobby apabila dia digandingkan bersama pelakon dan penyanyi jelita, Elizabeth Tan dalam sebuah filem baharu iaitu Mat Bond Malaya.

BACA: Letak Harga Bayaran Tinggi, Naqiu Bobby Sudah Mula ‘Demand’? 

Advertisement

Menurut Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 35, apabila pertama kali dimaklumkan bahawa dia bakal menjadi hero dalam filem tersebut, dia merasakan tidak kena bila digandingkan bersama Elizabeth Tan.

Saya tak pernah jangka pun, apabila diberitahu heroin filem ini adalah Elizabeth Tan, saya rasa macam tak sesuai.

Mana tidaknya, hero dia macam ni.. lepas tu digandingkan pula dengan heroin yang lawa betul.

Apabila ditanya tentang keserasiannya bersama Elizabeth Tan di lokasi pengambaran, Naqiu mengatakan bahawa dia dan Elizabeth tidak kerap berbual dan hanya fokus pada kerja masing-masing.

Advertisement
Naqiu & Elizabeth TanSumber : Instagram KMN Production  

 

Dalam pada masa yang sama, Naqiu turut memberitahu dia sudah bersedia jika penampilannya di dalam filem pertama lakonan beliau yang bakal ditayangkan di Astro First bermula 20 Julai itu tidak disukai ramai.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Hero Macam Ni, Heroin Lawa Betul..” – Naqiu Janggal Digandingkan Dengan Elizabeth Tan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.