Ads Top

Main Ad

Hikmah PKP, Aidil Aziz Dapat Solat Subuh Berjemaah Dan Bersenam Bersama Fasha Sandha

Meskipun tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti seni sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun bagi pelakon Aidil Aziz, tempoh ‘berkurung’ yang dijalani terkandung pelbagai hikmah yang tersembunyi.

Ujar Aidil, antara hikmahnya adalah apabila dia berpeluang untuk melakukan aktiviti berfaedah seperti solat subuh berjemaah serta bersenam bagi menyihatkan badan.

Advertisement

BACA: Aidil Aziz Ambil Cuti Sebulan Jaga Anak Dan Isteri Berpantang

View this post on Instagram

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz)

Kata suami kepada aktres Fasha Sandha ini lagi, lebih banyak masa terluang dengan isteri dan anak-anak semasa tempoh PKP berbanding sebelum ini.

“Saya banyakkan aktiviti bersama isteri dan anak-anak. Selalunya selepas solat subuh berjemaah, saya dan isteri akan membuat persediaan menguruskan anak-anak. Ada masa terluang, kami akan lakukan aktiviti bersenam bersama isteri sebelum masak untuk tengah hari…”

Tambahnya lagi, dia dan isteri sedaya upaya mencari peluang untuk melakukan aktiviti berfaedah agar fikiran tidak terlalu memikirkan masalah dan juga untuk mengelakkan kemurungan disebabkan oleh wabak pandemik ini.

View this post on Instagram

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz)

Advertisement

Dalam pada itu, Aidil mengakui pendapatannya sedikit sebanyak terjejas berikutan tiada tawaran berlakon sepanjang PKP namun bersyukur masih ada kerja tambahan dan perniagaan sampingan dalam menampung hidup bersama isteri dan anak-anak.

“Tidak dinafikan agak terkesan sebab selalu bila shooting, baru ada income terutama kru belakang tabir. Insya-Allah, Alhamdulillah..saya ada perniagaan yang membantu..” katanya lagi ketika dihubungi media baru-baru ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Hikmah PKP, Aidil Aziz Dapat Solat Subuh Berjemaah Dan Bersenam Bersama Fasha Sandha first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.