Ads Top

Main Ad

Idam Kulit Sihat? 8 Produk Padat ‘Superfood’ Berkhasiat Ini Patut Jadi BFF Anda

Zaman sekarang ini, ramai yang pentingkan makanan sihat sebagai ramuan dalam diet mereka. Bukan apa, sekadar untuk menjaga tubuh badan dan juga kesihatan minda sebenarnya untuk jangka masa yang lama.

Apabila terdengar makanan vegan ataupun ‘superfood’, mesti terus terbayang harga yang tak masuk akal kan? Jangan tergamam kalau lihat betapa banyaknya pilihan makanan baik yang murah di pasaran, malah anda juga mungkin dah biasa menjamahnya sebelum ini.

Advertisement

Nak tahu tak apa yang lebih hebat mengenai pilihan makanan sebegini? Ianya juga menjadi ramuan baru yang diterapkan dalam pelbagai produk penjagaan kulit. Bukan kerana nak ikut trend, tapi ‘superfood’ terbukti mampu melindungi kulit anda secara baik.

superfood favful

Kalau tak percaya, contoh paling mudah ialah kale dan bayam. Memang ianya sayur ‘superfood’ kegemaran ramai dan sudah pun menjadi sumber serat semua sejak dahulu, betul tak? Kalau anda nak tahu, bayam dalam diam kaya dengan vitamin C dan E yang membantu melawan penuaan selain menyediakan kelembapan segera. Serius!

Produk dipenuhi ‘superfood’

Advertisement

Tak tahu macam mana nak dapatkan produk penjagaan wajah yang mengandungi ‘superfood’ berpatutan di Malaysia? Tak perlu khuatir kerana Favful mempunyai pelbagai rangkaian jenama yang boleh dipilih anda sekarang juga.

1. Truly Acai Your Boobies Lifting Boob Polish

truly acai your boobies lifting boob polish favful

Acai Your Boobies Lifting Boob Polish dihasilkan sesuai untuk melicinkan dan memperbaiki kulit yang mempunyai tanda regangan dan kedutan. Ianya turut diformulakan dengan retinol iaitu vitamin A yang merangsang produksi kolagen, mempercepatkan perolehan sel dan melegakan pori tersumbat. Lagi pula, kandungan acai berry di dalamnya dipenuhi dengan anti-oksidan untuk memperbaiki kulit rosak selain turut menyediakan kelembapan.

2. Truly Unicorn Fruit Whipped Body Butter

truly unicorn fruit whipped body butter favful

Menarik kan produk ini? Seronok tengok warnanya yang seperti pelangi. Tak hanya menarik, Unicorn Fruit Whipped Body Butter dilengkapi dengan wangian buah-buahan dan memberi kelembapan secara mendalam lantas membuatkan kulit anda lembut. Bertambah best, shea butter yang terkandung didalamnya akan menyegarkan dan melembapkan kulit manakala matcha dan acai berry pula bertindak sebagai anti-oksidan untuk menyihatkan kulit anda.

3. Youth To The People Kale + Green Tea Spinach Vitamins Superfood Cleanser

Advertisement

youth to the people superfood cleanser favful

Kale + Green Tea Spinach Vitamins Superfood Cleanser sangat hebat kerana ia membantu anda menanggalkan solekan serta mengelakkan pori tersumbat dan dalam masa yang sama, turut mengekalkan pH kulit yang seimbang. Mengandungi kale, ianya kaya dengan vitamin C, E dan K untuk mencerahkan dan melindungi kulit daripada radikal halus yang boleh merosakkan wajah anda. Tak cukup lagi, produk ini turut dilengkapi dengan bayam dan teh hijau yang hebat dalam mengurangkan inflamasi kulit.

4. Youth To The People Superberry Hydrate + Glow Dream Mask

youth to the people superberry hydrate glow dream mask favful

Mahukan kulit berseri? Nampaknya Superberry Hydrate + Glow Dream Mask sememangnya diciptakan buat anda. Dilengkapi dengan maqui, ianya bertindak menghalang radikal kecil daripada merosakkan wajah. Selain itu, squalane juga mempunyai inti pati yang sama seperti minyak kulit wajah anda sekaligus merangsang kelembapan kulit tanpa risiko membuatkan pori tersumbat. Yang penting, vitamin C di dalamnya membantu untuk mencerahkan dan menegangkan kulit. Hebat!

5. Glow Recipe Avocado Melt Retinol Sleeping Mask

glow recipe avocado melt retinol sleeping mask favful

Ramai rasanya sedang mencari retinol yang baik untuk kulit kan kini? Mungkin Avocado Melt Retinol Sleeping Mask ini boleh membantu anda kerana kepelbagaian kandungan ‘superfood’ yang membantu kulit menjadi berseri-seri. Antaranya ialah avocado yang mengurangkan pembentukan kedutan dan PHA, ramuan pengelupasan lembut untuk mencapai kulit lebih licin. Lagi satu! Matcha di dalamnya akan menyokong kesihatan lapisan pelindungan kulit dengan menenangkan dan melembutkannya.

6. Glow Recipe Papaya Sorbet Enzyme Cleansing Balm

glow recipe papaya sorbet enzyme cleansing balm

Papaya Sorbet Enzyme Cleansing Balm ini sangatlah sesuai untuk sesiapa yang impikan kulit lembut dan bersinar. Bahkan kandungan betik yang menjadi ramuan utamanya bertindak hebat untuk mencairkan solekan, kotoran dan minyak pada kulit. Best, betul tak?

7. Sweet Chef Kale + Vitamin B Serum Shot

sweet chef kale vitamin b serum shot favful

Padat dengan kandungan kale, Kale + Vitamin B Serum Shot sememangnya kaya dengan khasiat dan anti-oksidan selain melembapkan dan menguatkan lapisan perlindungan kulit dek kehadiran vitamin B. Manakala, ekstrak bunga Aloe Barbadensis pula bertindak sebagai perangsang anti-inflamasi yang melembutkan kulit kering dan melegakan iritasi.

8. Revolution Skincare Superfruit Extract Antioxidant Serum & Primer

revolution skincare superfruit extract favful

Serum yang juga merupakan primer ini sememangnya jawapan kepada masalah kelembapan kulit. Formula Superfruit Extract Antioxidant Serum & Primer yang ringan mampu melembutkan kulit dan kaya dengan anti-oksidan dek kandungan ekstrak blueberry lantas menjadi pelindung kepada lapisan kulit dan membuatkan wajah tampil menawan.

Favful berkhidmat untuk pencinta produk penjagaan wajah

Penat betul nak cari produk yang mengandungi ‘superfood’ seperti ini kan? Namun dengan kehadiran laman Favful, ianya bukan masalah lagi. Apa sahaja jenama yang diimpikan, confirm akan tersenarai di laman ini. Tak perlu was-was kerana semua produk adalah tulen belaka selain ianya turut dicuba sendiri oleh pasukan mereka. Meyakinkan kan?

Kalau anda nak tahu, Favful ialah laman popular yang menjadi sumber rujukan dan lubuk rahsia buat pencinta produk penjagaan wajah kini. Semua jenama ‘rare’ di Malaysia, dengan mudah boleh didapati di laman ini.

favful

Malah Favful juga memahami keperluan pelanggan mereka. Sebab itulah, anda boleh minta apa-apa produk penjagaan wajah yang sudah lama dihajati menerusi borang di laman tersebut. Nampak tak? Siapa lagi yang menjaga keperluan anda, kalau bukan Favful?

Bagi yang dah lama cari produk penjagaan wajah dengan ‘superfood’, jangan buang masa dan cepat-cepat lawati laman Favful sekarang juga! Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh kunjungi akaun media sosial mereka seperti Instagram dan Facebook.

The post Idam Kulit Sihat? 8 Produk Padat ‘Superfood’ Berkhasiat Ini Patut Jadi BFF Anda first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.