Ads Top

Main Ad

Imbas Kembali! 5 Kumpulan Wanita Popular Zaman 90-an

Pada zaman 90-an boleh dikatakan zaman kegemilangan bagi industri muzik Malaysia kerana ketika itu, banyak penyanyi serta kumpulan tempatan yang telah menarik perhatian orang ramai.

BACA: Kumpulan Elite Buat ‘Comeback’, Muncul Dengan Lagu Terbaru Berjudul Alhamdulillah

Advertisement

Terdapat beberapa kumpulan wanita yang menjadi fenomena bagi kebangkitan industri muzik yang amat disukai oleh golongan muda ketika itu. Kemunculan variasi kumpula wanita di industri muzik turut mencetuskan trend baharu dan segar sehinggakan mereka dijadikan sebagai idola.

Jom kita lihat senarai penyanyi kumpulan wanita popular zaman 90-an yang telah menggegarkan industri muzik pada zaman itu!

1. Feminim

Feminim

Advertisement

Jika ingin menceritakan mengenai kumpulan ini, pastinya ramai masih tidak boleh melupakan lagu Untukmu hasil nyanyian kumpulan wanita pertama Malaysia ini.  Feminim yang aktif ketika zaman 90-an ini telah berjaya mencipta fenomena besar tersendiri apabila fesyen dan gaya rambut mereka sering kali diikuti oleh peminat remaja zaman itu.

Kumpulan ini dianggotai oleh empat wanita iaitu As, Yatie, Deq Nor dan Along dan atas berkat kejayaan kumpulan ini, munculnya kumpulan-kumpulan wanita lain yang turut berkumpul pada zaman 90-an. Antara lagu mereka yang hangat ketika itu adalah Kini, Kembali, Rindu, Tetap Bersama dan banyak lagi.

2. Elite

 

Elite

Elite ditubuhkan pada tahun 1996 dan merupakan kumpulan artis pertama dibawah artis rakaman KRU Records, dianggotai oleh wanita jelita Shasha Saidin, Azza Zawari, Linda Rafar, Watie Sadali dan Abby Abadi. Kumpulan ini telah membawa lagu irama pop dan mulanya digelar Baby G yang juga mempunyai sama nama dengan jenama jam, jadi ditukarkan ia kepada Elite.

Lagu-lagu hits mereka seperti Tamparan Wanita, G.I.G, Trauma dan banyak lagi seringkali menjadi siulan buat remaja ketika itu dan kumpulan ini juga tidak lari dari masalah bertukar ganti ahli kumpulan.

3. Res 2

Advertisement

Res 2

Satu-satunya kumpulan rap ditubuhkan pada 1992 telah menggegarkan industri muzik kerana pada zaman itu demam muzik rap sedang melanda Malaysia. Bakat mereka dicungkil oleh Mas Omar dari Suria Records (SRC) dan menjadi salah satu kumpulan wanita yang mempunyai lagu-lagu terkenal seperti Kepastian Dan Pengertian, Rasa Sayang dan Sentuhan Cinta.

Anggota yang menganggotai kumpulan tersebut ialah Baby Arin, Erin, Ezza, Yati dan Wati. Sebelum menjadi satu kumpulan rap, mereka merupakan penari sambilan kumpulan Tag Dancers dipimpin oleh Shawal yang sentiasa mengiringi penyanyi popular ketika itu.

4. Eva

Eva

Eva juga tidak kurangnya menjadi salah satu fenomena kumpulan wanita yang menyanyikan lagu dangdut pada zaman 90-an. Kumpulan yang dianggotai oleh empat wanita iaitu Linda, Rina, Izzu, dan Mim telah berjaya mencuri perhatian orang ramai dengan lagu popular mereka iaitu Bulan Cinta pada tahun 1996.

Walau bagaimanapun, populariti yang diraih oleh mereka hanyalah seketika serta membuat keputusan untuk menyepikan diri selama 15 tahun dan muncul kembali pada tahun 2013 dengan single yang berjudul Kukuhan Cinta.

5. M’steen

M'steen

Walaupun nama kumpulan M’steen ini tidak terkenal seperti kumpulan-kumpulan wanita yang lain, namun mereka tetap juga mempunyai peminat mereka tersendiri. Kumpulan ini juga telah muncul dengan lagu popular pertama mereka yang berjudul Kembali Kasih sekitar tahun 1993.

M’steen dianggotai oleh Intan Azura yang kini telah menjadi pelakon drama, turut disertai oleh Diela, Jaja Shankey dan juga Allahyarham Meyra yang telah meninggal dunia akibat dari kemalangan yang menimpanya sekitar pertengahan tahun 90-an.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Imbas Kembali! 5 Kumpulan Wanita Popular Zaman 90-an first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.