Ads Top

Main Ad

Individu Miang Minta Saiz Bra, Mafarikha Nasihat Wanita Berhati-Hati

Penyanyi, Mafarikha meminta agar pengguna Instagram terutamanya golongan wanita lebih berhati-hati kerana terdapat satu pemilik akaun Instagram yang menggunakan ia bagi memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai seorang wanita untuk mendekati pengguna media sosial wanita untuk melepaskan nafsu.

BACA: (VIDEO) Nyanyian Mafarikha Vokal Bukan Sekadar Rupa Buat Juri Asia’s Got Talent 2 Terpegun

Advertisement

Menurut Mafarikha, dia dihubungi oleh seorang individu bernama ‘Fara Aniza’ dan tidak menyangkakan perbualan mereka diakhiri dengan permintaan saiz pakaian dalamannya.

Tolong berwaspada dengan penyumbanglewang konon-konon berlakon jadi perempuan ni ya. Done block!

Permualaan perbulaan dengan individu berkenaan cuma untuk bersembang santai dengan penyanyi itu, selepas itu Mafarikha diumpan dengan individu tersebut mempelawanya untuk mengunjungi ke butik pakaian dalaman yang akan dibuki di Wangsa Maju.

Advertisement

Mafarikha mula berasa sangsi dengan individu itu apabila dia meminta saiz dan jenama baju dalaman yang dipakai oleh penyanyi tersebut.

Mafarikha

 

Perkongsian yang dibuat oleh Mafarikha di akaun Twitternya itu mendapat perhatian ramai dan terdapat beberapa mangsa juga turut menampilkan diri serta menceritakan kisah peribadi dihubungi oleh individu ‘Fara Aniza’ tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Individu Miang Minta Saiz Bra, Mafarikha Nasihat Wanita Berhati-Hati first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.