Ads Top

Main Ad

“Islam Yang Aku Belajar Bukan Macam Ni!” Michael Ang Selar Cara Ustaz Bagi Sumbangan

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘ustaz’ yang tampil memberi sumbangan kepada mereka yang terjejas sepanjang PKP.

Namun, apa yang menaikkan darah netizen apabila tindakan ustaz tersebut berceramah dengan cara memperlekehkan dan kasar ketika mengagihkan barang bantuan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Justeru itu, ramai warga maya tampil memberikan komen dan kecaman kerana merasakan ustaz tersebut melebih-lebih dan tidak bersesuaian dengan imej Islam yang dibawanya.

Perkara tersebut turut menarik perhatian pengarah drama terkenal iaitu Michael Ang yang tampil menzahirkan perasaan terkilannya terhadap situasi tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Ini salah dari segenap sudut. Tepuk dan tahniah sebab satu video akan buat orang salah anggap dan benci Islam. Macam ni ke Allah ajar kita? Nak derma tu derma aje la, tak perlu la nak malukan dan buat macam tu..”

Kata Michael, dia merasa sedih kerana seseorang tidak perlu memalukan orang lain sebaliknya beri sumbangan dengan perasaan ikhlas.

Advertisement

Malah, dia berkata Islam yang dipelajarinya tidak mendorong perlakuan sebegitu kerana merendahkan maruah orang lain.

“Islam yang aku belajar bukan macam ni!” tulisnya kesal.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial pengarah drama Love Elsa menyokong dan ada yang berasa malu kerana saudara baru seperti Michael terpaksa melihat perkara seperti itu.

BACA: “Kau Yang Tak Reti Jaga Anak!” – Michael Ang Bengang Warga Emas Dituduh Culik Remaja OKU

The post “Islam Yang Aku Belajar Bukan Macam Ni!” Michael Ang Selar Cara Ustaz Bagi Sumbangan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.