Ads Top

Main Ad

“Itu Bukan Saya..” Zara Zya Nafi Ada Akaun Instagram Jual Barang Elektronik Dan Tawar Hadiah Lumayan

Pelakon Zara Zya mengambil langkah berjaga-jaga apabila wujud sebuah akaun Instagram yang meletakkan wajahnya sebagai gambar profil untuk tujuan menipu.

BACA: Menangis Hiba, Zara Zya Kesal Dituduh Songlap Duit Bantuan Kebajikan

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Zara telah meminta peminatnya untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik kotor individu tersebut.

Difahamkan individu tersebut telah menggunakan akaun terbabit dengan tujuan menjual barang elektronik dan menawarkan hadiah.

“Saya baru saja dapat tahu daripada seorang peminat. Dia bertanya, adakah profil Instagram itu milik saya. Apabila saya buka, memang terkejutlah sebab saya tak tahu apa-apa. Ini perkara yang sangat berbahaya sebab peminat itu sendiri pun hampir terpedaya dan hampir nak terbeli.”

Pelakon drama Monalisa ini juga telah memuat naik tangkap layar profil Instagram tersebut di Instagramnya untuk perhatian mereka di luar sana.

Advertisement

Akaun Instagram itu dilaporkan menggunakan nama @zarazya_iphone_giveaway_fanpage itu dilihat turut menggunakan link pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikelolakan Zara iaitu Malaysia Prihatin di bahagian biodata.

Maklum Zara lagi, dia akan mengambil tindakan dan memberi amaran keras seperti saman kepada pemilik akaun tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Itu Bukan Saya..” Zara Zya Nafi Ada Akaun Instagram Jual Barang Elektronik Dan Tawar Hadiah Lumayan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.