Ads Top

Main Ad

“Jadi Penyanyi Kena Nyanyi Bagus, Tak Mahu Tular Sekejap Dan Terus Hilang” – Ramlah Ram

Penyanyi veteran, Ramlah Ram berkata bahawa dia berharap agar industri muzik tanah air terutamanya buat penyanyi baharu terdiri daripada penyanyi yang berkualiti tinggi dan yang betul-betul boleh bernyanyi, meskipun citarasa setiap orang berbeza.

BACA: Suekhaizhar Penyanyi ‘Aku Budak Girl’, Terima Kritikan Perbaiki Diri

Advertisement

Penyanyi yang sudah 36 tahun di dalam industri muzik ini turut berkata penyanyi yang bagus mempunyai peluang yang lebih besar untuk bertahan lebih lama dan bukannya bermusim sahaja.

Kalau tanya saya, nak mencari pelapis sudah tentu nak yang berbakat. Menjadi penyanyi kena nyanyi dengan bagus. Penyanyi kalau tak boleh nyanyi, ia tak digelar penyanyi.

Macam sekarang, ada penyanyi baru yang berbakat dan memang bagus. Kalau boleh nak macam itu semuanya. Tidak mahu tular sekejap, tapi tak boleh nyanyi dan terus hilang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAMLAH RAM official (@ramlahram383)

Dalam pada masa yang sama, Ramlah ada menyebut beberapa penyanyi baru yang disukai dan mengakui mereka mempunyai bakat yang menakjubkan seperti Hazama, Ernie Zakrie, Aina Abdul, Syamel serta beberapa lagi.

Advertisement
Ramlah RamSumber : Instagram Ramlah Ram  

 

Ramlah berkata demikian ketika ditanya semasa majlis pelancaran lagu terbaharunya, Aku Ubatinya Lagi bersama media secara virtual pada akhir Jun lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post “Jadi Penyanyi Kena Nyanyi Bagus, Tak Mahu Tular Sekejap Dan Terus Hilang” – Ramlah Ram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.