Ads Top

Main Ad

“Jika Tak Benar Kenapa Takut Nak Balas?” – Norish Karman Akui Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy

Tidak berselindungan atau berdolak-dalih, pelakon Norish Karman akui dia merupakan individu yang menghantar mesej peribadi kepada adik arwah Benjy, Inessa Irdayanty bagi mendapatkan kepastian mengenai kebajikan arwah ketika hayatnya.

BACA: Dituduh Pentingkan Diri Dan Tak Berhati Perut, Inessa Adik Arwah Benjy Tak Diamkan Diri

Advertisement

Norish atau nama sebenarnya Nor’ Ashikin Karman turut mengakui tulisan dan pertanyaannya itu agak kasar, namun dia berkata dia berhak untuk mengetahui bagi mendapatkan kepastian.

Saya akui beremosi dan ayat-ayat dalam mesej itu agak kasar tetapi saya percaya soalan itu logik dan bukan soalan yang tidak masuk akal… mesej itu melalui DM (mesej langsung) bukan secara umum.

Kalau dia rasa soalan saya itu mengarut dan tidak masuk akal, dia boleh abaikan saja. Tak ada siapa perlu tahu soalan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Inessa Irdayanty (@inessukamakan)

Dalam pada masa yang sama, Norish berkata dia mengetahui soal kesusahan arwah Benjy ketika berada di penjara menerusi artikel di sebuah akhbar tempatan.

Jadi apa yang terlintas di fikiran saya, adakah arwah Benjy tidak mempunyai ahli keluarga untuk memastikan kebajikan arwah terjaga?

Norish KarmanSumber : Instagram Norish Karman  

 

Norish turut berkata dia telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen atas sebab perkongsian yang dibuat oleh adik arwah Benjy tersebut.

Jika tidak benar, mengapa takut untuk membalas? Berani kerana benar takut kerana salah. Saya tak pasti tujuan dia menyebarkan soalan saya tersebut.

Norish bagaimanapun memohon maaf jika soalan yang ditanya olehnya itu dihantar pada masa yang tidak sesuai.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Jika Tak Benar Kenapa Takut Nak Balas?” – Norish Karman Akui Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.