Ads Top

Main Ad

Jiwa Penghibur, Jamal Abdillah Sempat Hiburkan Frontliners Usai Terima Vaksin Di PPV

Penyanyi tersohor negara, Datuk Jamal Abdillah khabarnya sempat menghiburkan para petugas barisan hadapan serta penerima vaksin usai sahaja dia menerima dos pertama suntikan tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertempat di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Jamal juga turut berkongsikan momen tersebut menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan pengguna media sosial.

Advertisement

Difahamkan, Jamal telah melantunkan lagu popularnya iaitu Kekasih Awal Dan Akhir untuk hiburan santai mereka yang ada di sana pada waktu itu.

BACA: Tular Video Karaoke Dan Kenduri Durian, Jamal Abdillah Mohon Maaf

Dia yang meluangkan masa hampir dua jam dilihat turut membawa keceriaan kepada frontliners yang sedang melaksanakan tugas hakiki masing-masing.

Dalam pada itu, Jamal dalam hantaran tersebut juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak bertugas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di samping menyeru ornag ramai khusunya golongan warga emas untuk sentiasa yakin dalam mengambil vaksin.

Jamal juga berharap agar pihak KKM mempercepatkan pemberian vaksin kepada penduduk kampung agar imuniti kelompok dapat dicapai sesegera mungkin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Jiwa Penghibur, Jamal Abdillah Sempat Hiburkan Frontliners Usai Terima Vaksin Di PPV first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.