Ads Top

Main Ad

“Kalau Dah Ikhlas Terima..” Muka Hampir Sama Dengan Anak Tiri, Jep Sepahtu Dipuji Netizen

Baru-baru ini, penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu ada memuat naik foto bersama sedang menyambut hari kelahiran anak tirinya, Barr Al Aliy yang kini berusia 11 tahun.

BACA: Dua Bulan Bersalin, Sari Yanti Dan Jep Perkenal Anak Ke-3 Kepada Peminat, Comel Sungguh

Advertisement

Hantaran di laman Instagram miliknya itu telah mencuri perhatian peminat yang rata-rata kagum melihat keakraban Jep meskipun hanya bergelar bapa tiri kepada anak hasil perkahwinan pertama isterinya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Menulis sebuah ucapan ringkas, Jep mendoakan agar Barr Al Aliy menjadi anak soleh dan sentiasa berada di bawah rahmatnya.

Melihat gelagat keluarga besar itu, peminat turut teruja melihat wajah Jep yang begitu mirip dengan kedua-dua anak tiri, seperti anaknya sendiri.

Kasih sayang yang ditonjolkan itu ternyata telah mendapat reaksi positif daripada peminat dan suka melihat kebahagiaan mereka sekeluarga.

View this post on Instagram

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

“Gambar last tu rasa macam anak-anak Jep pulak. Mungkin nampak keihlasan Jep terima anak-anak Sari macam anak sendiri..” tulis seorang pengguna media sosial.

Sekadar info, Jep telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sari Yanti pada Februari 2017 yang lalu dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Sari juga mempunya dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil daripada pernikahannya yang terdahulu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kalau Dah Ikhlas Terima..” Muka Hampir Sama Dengan Anak Tiri, Jep Sepahtu Dipuji Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.