Ads Top

Main Ad

“Kerajaan Tak Gagal, Yang Gagal Kita Kot!” – Fizz Fairuz

Akibat dari kenaikan kes harian secara mendadak semalam, pelakon Datuk Fizz Fairuz memerli dan menyifatkan kerajaan telah gagal untuk membendung kes harian COVID-19 Malaysia.

BACA: “Tunggu Rakyat Mengamuk Ke? Selangor Dah Naik 4000 Lebih!” – Janna Nick

Advertisement

Menerusi hantaran yang telah dimuatnaik olehnya baru-baru ini, Fizz memesan agar rakyat untuk sentiasa berhati-hati terutamanya penduduk di Selangor dalam menghadapi cabaran ini.

Cantik, naik lagi kes hari ini 11,618 kes. Warga Selangor hati-hati, negeri lain pun sama juga.

Menteri kata kerajaan tidak gagal, yang gagal kita kot! So kita jaga kita je lah. Kita mampu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Hantaran sebelum itu, pelakon tersebut ada juga bertanya kepada orang ramai untuk meneka berapa jumlah kes harian yang akan direkodkan pada hari tersebut.

Advertisement
fizz fairuzSumber : Instagram Fizz Fairuz  

 

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pelakon Munafik itu mengenai kerajaan telah gagal untuk membendung kes harian COVID-19 di Malaysia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post “Kerajaan Tak Gagal, Yang Gagal Kita Kot!” – Fizz Fairuz first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.