Ads Top

Main Ad

“Kita Perlu Lebih Ramai Insan Seperti Dia..” Mira Filzah Kagum Semangat DG Hisham

Pelakon dan personaliti TV, Mira Filzah meluahkan perasaan kagum di atas keperibadian dan kepimpinan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham yang mempunyai semangat luar biasa dalam memerangi wabak COVID-19 di negara kita.

Perkara tersebut dizahirkan Mira menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya dan turut berpendapat bahawa negara memerlukan lebih ramai insan seperti Dr. Noor Hisham.

Advertisement

BACA: Ibu Mertua Mira Filzah Nafi Ada Keluarga 2 Hari Tak Makan Di K. Kangsar

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Kita memerlukan lebih ramai insan seperti dia (Dr. Noor Hisham)..” tulisnya di hantaran tersebut.

Pelakon itu dilihat telah memuat naik sebuah sedutan video di mana  Ketua Pengarah Kesihatan itu sedang berucap dalam sebuah sidang akhbar laporan kes COVID-19, kelmarin.

Malah, Mira turut mendoakan agar Dr. Noor Hisham dikurniakan kesihatan yang baik sehingga ke akhir hayatnya.

“Semoga Allah S.W.T memberi kesihatan yang baik untuk Dr. Noor Hisham sehingga ke akhir hayatnya dan merahmati serta memberkati segala usaha yang sudah beliau lakukan..” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat turut berharap agar Dr. Noor Hisham sentiasa tabah dan kuat memerangi penularan wabak berjangkit bersama dengan rakyat Malaysia.

“Dengar suara pun kita boleh rasa dia sedih dan penat. Tolong terus kuat untuk kami.” tulis Ayda Jebat di media sosialnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kita Perlu Lebih Ramai Insan Seperti Dia..” Mira Filzah Kagum Semangat DG Hisham first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.