Ads Top

Main Ad

“Konon Berlumba Nak Jadi Hero, Harap Bantu Sekali” – DSV Dedah Banyak Kali Hulur Bantuan

Sedia maklum, isu tentang ahli usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida meminta agar golongan terjejas tidak terlalu mengharapkan pada bantuan bendera putih sedang hangat diperkatakan oleh warganet di laman media sosial.

BACA: “Dia,Dia, Aku, Aku..” Isu #BenderaPutih, DS Vida Enggan Disamakan Dengan Ebit Lew

Advertisement

Menurut DSV, walaupun beliau dikecam teruk oleh warganet berkaitan dengan isu bendera putih, dia meminta agar lebih ramai orang yang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Kepada sesiapa yang mengutuk atau menghina saya. Yang kononnya berlumba lumba nak jadi hero? Hanya pandai menghentam tu harap anda pun sama membantu okay.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagramnya, DSV terlihat sedang bergambar bersama-sama barang keperluan yang hendak dihulurkan kepada golongan yang memerlukannya.

Advertisement
Dato' Seri VidaSumber : Instagram Dato' Seri Vida  

 

Melalui kemas kini yang terbaharu, DSV telah memuat naik sebuah rakaman video dimana beliau sedang berkunjung ketempat tinggal salah seorang yang menerima bantuannya di pondok kecil di kawasan kandang kambing dan reban ayam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post “Konon Berlumba Nak Jadi Hero, Harap Bantu Sekali” – DSV Dedah Banyak Kali Hulur Bantuan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.