Ads Top

Main Ad

“Lagu Ni Tepat Untuk Situasi Sekarang” – Fattah Amin Akui Ambil Masa Setahun Untuk ‘Hamba’

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin berasa selesa bekerjasama dengan komposer Hafiz Hamidun menerusi dua singlenya sebelum ini dan kini tampil sekali lagi dengan single terbaharu beliau berjudul Hamba.

Advertisement

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, jika sebelum ini Kiriman Agung dan Sinar Selawat berkaitan dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya tetapi singlenya yang berjudul Hamba ini berkisahkan tentang penyerahan jiwa seorang hamba kepada Tuhannya.

Kelahiran lagu ini tepat dengan situasi semasa sedang dihadapi rakyat Malaysia yang berdepan pandemik Covid-19.

Kata Fattah ketika ditemubual oleh Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Tambahnya lagi, proses pembuatan lagu ini dijalankan dengan penuh berhati-hati dan teliti sehinggakan ia mengambil masa hampir setahun dengan versinya sudah ditukar sebanyak lima kali.

Advertisement

Fattah Amin

Dalam pada masa yang sama, pelakon filem KL Special Force ini turut menafikan bahawa dia sudah beralih ke genre nasyid dan berkata single ini merupakan eksperiman untuk mencabar kebolehan diri serta ingin menjadi penyanyi serba boleh.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Lagu Ni Tepat Untuk Situasi Sekarang” – Fattah Amin Akui Ambil Masa Setahun Untuk ‘Hamba’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.