Ads Top

Main Ad

“Lambat Lagi..” – Shuk Sahar Tak Bercadang Kahwin Lagi Satu Ketika Ini

Susulan daripada isu rumah tangga yang tular sekali lagi pada hari ini, personaliti TV dan juga usahawan Shuk Sahar tidak menunggu lama untuk membuka mulut dalam memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Pelawak terkenal itu menjelaskan bahawa hubungannya dengan isteri, Rossalenna Natassyiah tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Ujarnya lagi, dia dan isteri dalam keadaan baik-baik sahaja namun mengakui memang ada ‘sesuatu’ yang berlaku pada ketika itu namun segalanya masih terkawal.

Manakala bagi mesej perbualan serta gambar ugutan bunuh yang diterimanya, bekas penyampai radio Hot FM ini mendakwa hantaran tersebut adalah kiriman lama yang diterimanya sebelum ini.

shuk sahar dan farahSumber : Instagram Rossa Serra  
shuk sahar dan farahSumber : Instagram Rossa Sera  

Kata Shuk lagi, isterinya itu mungkin terbawa-bawa dengan emosi sehingga memuat naik gambar serta tangkap layar dipercayai daripada perempuan simpanannya sebelum ini.

Sehubungan itu, dia meminta orang ramai tidak memperbesarkan isu tersebut kerana mereka berdua masih lagi tinggal sebumbung.

View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@rossa.sera)

Ketika diminta untuk memberi komen mengenai ‘kebenaran’ yang diberikan Rossa untuknya bernikah lagi, Shuk menjawab bahawa perkara itu tidak akan terjadi namun menyerahkan urusan jodoh kepada Allah S.W.T.

“Lambat lagi. Jodoh semua di tangan tuhan..” ujar Shuk ketika dihubungi sebuah media.

Terdahulu, Rossa dilaporkan ada memuat naik hantaran kononnya diugut seorang wanita dan mendedahkan terdapat individu telah menghantar santau terhadap mereka sekeluarga.

BACA: “Kalau Mahu Bermadu..” – Isteri Shuk Sahar Dedah Kembali Diganggu ‘Farah’?

The post “Lambat Lagi..” – Shuk Sahar Tak Bercadang Kahwin Lagi Satu Ketika Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.