Ads Top

Main Ad

“Lebih Selesa Hidup Solo, Belum Fikir Nak Ada Komitmen..” – Amelia Henderson

Kegagalan dalam perkahwinan pada tahun 2018 bukan suatu perkara yang mudah pelakon jelita, Amelia Henderson untuk melupakannya dengan sekelip mata.

BACA: Pelakon Amelia Henderson Jelas Isu Sudah Berpisah Dengan Suami

Advertisement

Namun, kematangan yang ditunjuk oleh pelakon tersebut dalam menghadapi segala dugaan hidup perlu dipuji kerana berjaya keluar dari perasaan duka dan kecewa, kini Amelia bahagia menjalani kehidupan harian secara solo tanpa komitmen atau tekanan hidup.

Saya seronok melayari kehidupan sekarang sebab saya tak perlu nak fikir apa-apa masalah. Lagipun jadual kerja saya sentiasa padat dan ada saja perancangan baharu yang saya ingin lakukan.

Buat masa ini, saya belum terfikir untuk ada sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki. Saya selasa dengan kehidupan solo ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? (@ameliath)

Pelakon darah kacukan Sri Lanka-Scotland itu turut mengakui bahawa dirinya kini lebih bahagia dikelilingi dengan orang-orang tersayang dan masanya juga disusun dengan rapi dengan perkara yang berfaedah.

Advertisement
Amelia HendersonSumber : Instagram Amelia Henderson  

 

Amelia turut berkata sekarang ini dia mula menceburkan diri dengan aktiviti melukis jika mempunyai masa lapang dan dia mengatakan sebab dirinya mula untuk berjinak dengan aktiviti itu kerana ingin mengikuti jejak langkah arwah bapanya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Lebih Selesa Hidup Solo, Belum Fikir Nak Ada Komitmen..” – Amelia Henderson first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.