Ads Top

Main Ad

‘Melaram’ Beg Birkin Di PPV, Che Ta Jamu Frontliners Dengan Kek Pandan

Pelakon yang tidak dimamah usia, Rozita Che Wan sekali lagi mencuri perhatian apabila tiba di Pusat Pemberian Vaksin untuk menerima dos pertamanya dengan menggayakan beg tangan berjenama mewah, Hermes Birkin.

Beg tersebut khabarnya dianggarkan bernilai sekitar RM100,000 seutas dan Rozita sememangnya kelihatan anggun ketika ‘melaram’ perhiasan tangan itu.

Advertisement

BACA: “Dekat IG Tayang Beg Berjuta..” Gara-Gara Minta Diskaun Beli Rendang, Nama Rozita Che Wan Kena ‘Petik’

Rozita atau nama sebenarnya Rozita Ibu Bakar itu dilihat sempat diusik peminat di ruangan komen laman Instagramnya yang menulis, “Amboi, pergi pakai Birkin..”. Aktres itu kemudian membalas komen peminat dengan menulis “Lama tak pakai, takut reput pula..”.

Selain bergaya mewah ketika menjalani proses suntikan vaksin, Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta itu turut menjamu para petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese yang dibuat dengan air tangannya sendiri.

“Penantian itu satu penyiksaan. Hari ini (semalam) akhirnya, saya sudah dapat slot untuk divaksin. Jadi hari ini saya bawak kek lapis pandan cheese untuk kakak-kakak yang cucuk saya nanti..” tulisnya di sebuah hantaran video yang dimuat naik pelakon itu.

Difahamkan juga Rozita Che Wan menerima suntikan vaksin jenis Pfizer bertempat di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post ‘Melaram’ Beg Birkin Di PPV, Che Ta Jamu Frontliners Dengan Kek Pandan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.