Ads Top

Main Ad

Michael Ang Perli ‘Bimbo’ Jangan Tunjuk Kebodohan Diri, Rita Tampil Mencelah

Penerbit dan pengarah, Michael Ang yang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara kembali memerli seorang individu yang suka menyebarkan hal-hal negatif menerusi perkongsian di media sosial.

BACA: “Tak Habis Buat Muka Kesian..” Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan

Advertisement

Menerusi perkongsian Michael di akaun Instagramnya itu, dia berkata lebih baik mendiamkan diri daripada menambahkan lagi kekeruhan ketika seluruh negara sedang berusaha untuk berjuang melawan pandemik COVID-19.

Kepada bimbo sedunia di luar sana, kalau tiada benda cerdik nak disampaikan sila duduk diam-diam dan jangan tunjuk kebodohan itu pada satu dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Biarpun tidak menyebut nama individu itu di dalam hantaran tersebut, ramai yang meneka hantaran yang dibuat oleh Michael itu dituju untuk pelakon wanita yang lantang menggesakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.

Advertisement
Instagram Michael AngSumber : Instagram Michael Ang  

Selain bersetuju dengan pendapat Lana Nodin, Rita turut sempat tangkap layar hantaran Michael itu dan memuatnaik di Instagram Story dengan satu kenyataan berbaur sindirin yang menyifatkan pengarah mualaf itu sering masuk campur dalam setiap perkara seolah-olah dirinya sempurna.

Rita Rudaini IG StorySumber : IG Story Rita Rudaini  

Dalam pada masa yang, Rita turut mengingatkan Michael agar sentiasa tahu kedudukan dan menyedari doa orang yang disindir oleh pengarah itu pasti akan dapat balasan daripada Allah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post Michael Ang Perli ‘Bimbo’ Jangan Tunjuk Kebodohan Diri, Rita Tampil Mencelah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.