Ads Top

Main Ad

“Mohon Doa Saya Dan Keluarga Sihat..” – Elyana Sambut Hari Lahir Secara Sederhana

Penyanyi Elyana berkongsi sebuah hantaran gambar di akaun Instagramnya dimana dia sedang meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-34 tahun pada hari ini.

BACA: Elyana Syukur Berat Badan Naik Setelah Menjalani Rawatan Radioterapi

Advertisement

Menerusi hantaran foto tersebut, telihat Elyana sedang bergambar sambil memegang kek yang diberikan oleh Tya Adnan buat penyanyi itu.

5 Julai 2021, hari lahir saya yang ke-34 tahun. Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluas rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin ya rabbalalamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Di samping itu, hantaran gambar tersebut turut memaparkan kesederhanaan Elyana yang hanya memakai baju tidur ketika menyambut ulang tahun kelahirnya itu bersama keluarga tercinta.

ElyanaSumber : Instagram Elyana  

 

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata menitipkan ucapan dan doa buat Elyana semoga cepat sembuh daripada kanser limfoma yang dihadapinya sekarang ini. Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 20,000 tanda suka dan 800 komen daripada peminat dan juga rakan selebriti.

The post “Mohon Doa Saya Dan Keluarga Sihat..” – Elyana Sambut Hari Lahir Secara Sederhana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.